Kawal selia aktiviti petroleum, kukuh keyakinan pemain industri

LocalBusiness & Finance
11 Oct 2026 • 8:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kawal selia aktiviti petroleum, kukuh keyakinan pemain industri

Image from: Kawal selia aktiviti petroleum, kukuh keyakinan pemain industri

KUALA LUMPUR – Kawalan ketat terhadap aktiviti pencampuran (blending) penting bagi melindungi integriti rantaian bekalan petroleum negara serta mengekalkan keyakinan rakan dagang antarabangsa.

Pakar dasar dan undang-undang maritim, Kastam serta perdagangan rentas sempadan, Dr. Madzli Harun berkata, aktiviti pengimportan, penyimpanan, pencampuran dan pengeksportan semula minyak perlu mematuhi skop lesen serta syarat ditetapkan pihak berkuasa.

Menurutnya, dokumentasi lengkap dan tepat penting bagi memastikan kuantiti, pergerakan kargo serta spesifikasi produk dapat disahkan, sekali gus mengelakkan pertikaian berkaitan pengisytiharan barangan dan cukai.

“Pengendali perlu memastikan kelulusan bertulis diperoleh apabila diwajibkan, selain memastikan semua aktiviti direkodkan dengan tepat,” katanya pada forum anjuran Maritime Network Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.

Sementara itu, pakar industri maritim, Nazery Khalid berkata, kelemahan dokumentasi, pemantauan dan penguatkuasaan bukan sahaja berpotensi mengancam keselamatan serta alam sekitar, malah boleh menjejaskan keyakinan pemain industri dan rakan dagang antarabangsa.

Katanya, ketepatan dokumen kargo seperti bil muatan dan manifes amat penting bagi mengelakkan salah laku serta memelihara imej Malaysia sebagai rakan dagang yang dipercayai.

“Sekiranya situasi ini tidak ditangani dengan segera dan menyeluruh, ia boleh menjejaskan keyakinan umum terhadap integriti industri yang terbabit serta merosakkan imej negara di persada antarabangsa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Kawal selia aktiviti petroleum, kukuh keyakinan pemain industri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved