Kawan ‘usik’ Yusuf Bahrin ceria semula dapat hubungi isteri -“Mata dah tak bengkak”

LocalEntertainment
6 Oct 2025 • 9:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon, Yusuf Bahrin diusik rakan-rakan apabila kembali tersenyum selepas dapat hubungi isteri, Zizi Kirana yang ketika ini berada di Istanbul selepas bebas dari tahanan rejim zionis.

Yusuf nampak ceria dapat hubungi isteri

Menerusi perkongsian TikTok thepresidencore, Yusuf dilihat tersenyum ceria apabila sedang membuat panggilan video dengan Zizi bagi bertanya khabar dan menyatakan keadaannya ketika ini.

Dalam video tersebut juga, rakan-rakan yang berada bersama Yusuf turut mengucapkan syukur apabila dapat bertanya khabar dengan aktivis berkenaan.

“Alhamdulillah Zizi, Yusuf dah nampak ceria,” ujar rakan kepada pelakon terbabit.

@thepresidentcore

Kita pulak yg tgk diaorg @Sumud Nusantara Official @Yusuf Bahrin @Zizi Kirana #sumudfloatilla #freepalestine #gaza #fyp #viral

♬ Rindu 1/2 Mati - D"MASIV

Dapat hubungi isteri yang kini di Istanbul

Menerusi satu lagi perkongsian, aktor terbabit telah menghubungi rakannya dengan tersenyum lebar dan mengakui tidak sabar menanti kepulangan isteri tersayang.

“Muka ada senyum. Alhamdulillah, nampak ceria dah. Mata tak bengkak-bengkak,” usik rakannya.

@thepresidentcore

Alhamdulillah..syukur..allah maha baik..Terima kasih allah..Terima kasih malaysian @Sumud Nusantara Official @Yusuf Bahrin @Zizi Kirana #globalsumudflotilla #freepalestine #gaza #fyp #viral

♬ Hanya Rindu - Andmesh

Kita pun tak sabar tunggu mereka

Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet juga berasa lega dan tersenyum sama melihat pasangan berkenaan bakal bertemu semula.

Mereka juga meluahkan rasa syukur apabila Zizi dan delegasi yang lain dilaporkan selamat walaupun berdepan pelbagai cabaran dan ujian getir sewaktu mengikuti misi GSF ini.

image is not available

Tumpang gembira melihat momen ni

image is not available

Semoga selamat kembali ke suami & keluarga masing2

image is not available

Sebelum ini, Yusuf Bahrin dilihat sugul sehingga jelas mata bengkak disebabkan kerisauan apabila berita isterinya ditahan tentera Israel tular.

Dia ketika itu hanya mampu meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan keselamatan isteri dan para aktivis yang lain selepas kapal yang dinaiki mereka menuju ke Gaza dipintas tentera Israel.

Sumber: TikTok thepresidencore