“Kawasan dia tu” – Lelaki Ini Terkejut Lihat 3 Ekor Harimau Belang Tengah Main Kejar-kejar Tepi Jalan

Entertainment
17 Mar 2024 • 2:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk korang yang suka memandu waktu malam tu, selain diganggu makhluk halus, kehadiran haiwan liar di tengah jalan juga boleh dikatakan menyeramkan ye. Kena pula haiwan yang jenis pemangsa yang biasanya aktif waktu malam, misalnya harimau belang.

Ada satu contoh yang sangat sesuai dengan situasi yang Min sebutkan tadi di mana seorang lelaki telah memenui tiga ekor harimau belang yang sedang bermain di tepi jalan.

Walaupun video sedikit kabur kerana gelapnya malam, namun kelibat harimau belang itu memang dapat disahkan. Korang boleh tengok video @alif_haidar di bawah ni.

Kawasan harimau belang tu

Wah wah wah seronok betul ye harimau tu main kejar-kejar. Dah kantoi dengan lampu kereta baru nak lari.

Tengok gaya harimau ni macam belum dewasa je, sebab kalau dewasa harimau tak akan duduk berkumpulan. Mungkin ibu harimau ni ada kawasa berdekatan, bawak anak-anak main taman lah katakan.

image is not availableKan.. nampak aktif betul. Malam-malam biasa harimau ni aktif. Haiwan nokturnal lah kan. Sebab tu excited betul main kejar-kejar, kita yg tengok ni pulak rasa seram.

image is not availableTak kisah lah binatang apa yang melintas sekalipun, kalau dah tiba-tiba tu memang mencemaskan. Silap haribulan ni kalau nampak harimau ni memang pecut terus.

image is not availableBukan senang tau nak ada rezeki tengok haiwan liar di kawasan berhampiran habitat asal mereka. Ini dapat tengok free, dah rasa macam safari naik kereta sendiri je.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.