Kawasan gurun barat Arab Saudi ‘menghijau’

9 Jan 2023 • 7:31 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RIYADH: Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini ‘menghijau’.

Wilayah Arab Saudi, yang terkenal dengan padang pasir dan gunung gersang, kelihatan berbeza dalam rakaman satelit. Kawasan itu telah bertukar menjadi hijau yang dipenuhi dengan rumput selepas hujan lebat baru-baru ini.

Hujan yang lebat telah direkodkan di Arab Saudi sejak Disember 2022. Hujan ini berlaku pada kadar yang sama dan hampir berterusan dalam tempoh masa yang sangat lama berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan yang luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah serta Madinah mula menghijau.

Disebabkan oleh hujan yang berterusan, terutamanya di wilayah barat Arab Saudi, beberapa kawasan di sana ditutupi dengan kehijauan.

Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved