Kawasan pesisir Kuala Langat-Sabak Bernam dikenal pasti tapak cadangan loji nuklear Selangor 2030

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 3:48 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kawasan pesisir Kuala Langat-Sabak Bernam dikenal pasti tapak cadangan loji nuklear Selangor 2030 Image from: Kawasan pesisir Kuala Langat-Sabak Bernam dikenal pasti tapak cadangan loji nuklear Selangor 2030 sarah20/11/2026 - 15:48 Gambar hiasan getty images. Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Nov - Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti kawasan berpotensi di sepanjang pesisir pantai dari Kuala Langat hingga Sabak Bernam bagi pembangunan loji tenaga nuklear, dengan sasaran memulakan kerja pembinaan fizikal menjelang 2030.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan berhampiran laut menjadi antara pilihan kerana loji tenaga nuklear memerlukan bekalan air yang mencukupi bagi tujuan penyejukan dan operasi.

 

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kawasan berkenaan masih dalam penelitian dan belum dimuktamadkan sebagai tapak pembangunan loji tenaga nuklear.

 

Amirudin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim, mengenai perancangan tenaga nuklear negeri, termasuk cadangan peruntukan dan lokasi pembinaan loji, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

 

Worldwide Holdings teliti keperluan pembangunan loji nuklear

Amirudin berkata, anak syarikat kerajaan negeri, Worldwide Holdings Bhd, sudah menubuhkan jawatankuasa dan pasukan khas bagi meneliti keperluan serta persediaan awal pembangunan industri tenaga nuklear.

 

Pada masa sama, Majlis Nuklear Selangor yang dianggotai ahli akademik dan pemain industri sedang merangka hala tuju pembangunan teknologi berkenaan, termasuk dasar yang selaras dengan perancangan Kerajaan Persekutuan.

 

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengkaji model pembangunan tenaga nuklear di beberapa negara, termasuk Kazakhstan, yang memanfaatkan kepakaran dari Perancis, China, Rusia dan Turkiye, bagi menilai pendekatan teknologi yang bersesuaian.

 

Selangor bangunkan kepakaran tenaga nuklear

Sebagai persediaan jangka panjang, kerajaan negeri turut melaksanakan program pembangunan kepakaran tempatan dalam bidang kejuruteraan nuklear, termasuk menghantar pelajar melanjutkan pengajian di China.

 

Menurut laporan Bernama, tiga pelajar telah dihantar pada September lalu, manakala 22 lagi dirancang mengikuti pengajian pada 2027 di Harbin Engineering University dan Tsinghua University, menjadikan keseluruhan 25 pelajar. Kerajaan negeri turut menyatakan kesediaan menyokong pengajian sehingga peringkat doktor falsafah.

 

Inisiatif pembangunan kepakaran itu turut disokong biasiswa bernilai RM3.7 juta daripada China General Nuclear bagi pengajian peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

 

Perancangan Selangor itu berlangsung ketika kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) menggariskan pembangunan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber elektrik bersih dalam campuran tenaga negara, dengan sasaran operasi bermula pada 2031. Bagaimanapun, cadangan Selangor masih pada peringkat awal dan belum merupakan kelulusan pembinaan loji. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved