Siap siaga hadapi air pasang besar di Selangor

LocalEnvironment
20 Nov 2026 • 11:54 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siap siaga hadapi air pasang besar di Selangor

KUALA SELANGOR: Penduduk di kawasan berisiko banjir di Selangor termasuk berhampiran pesisiran Pantai Barat seperti daerah ini, Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Sepang dinasihatkan supaya bersiap siaga dengan fenomena air pasang besar bermula Isnin ini.

Fenomena dijangka berlanjutan sehingga Jumaat depan dan bertembung dengan hujan yang lebih kerap seperti diramal dalam laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum peralihan fasa air pasang mati kepada air pasang besar minggu depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, persiapan rapi di kawasan berisiko perlu diteliti supaya banjir tidak menjadi lebih buruk.

“Keutamaan kita sekarang ialah mempercepat operasi mengepam air dari kawasan kediaman dan memantau keadaan sungai serta paras air laut. Hujan yang lebih kerap dijangka berlaku sehingga 21 Nov, manakala fenomena air pasang besar diramalkan pada 23 hingga 27 Nov.

“Saya mahu persiapan menghadapi kedua-dua keadaan ini diteliti segera agar keadaan tidak bertambah buruk,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela, di sini malam tadi.

Beliau turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan kepada 377 mangsa banjir dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dan Jeram di PPS berkenaan yang dikenal pasti lokasi paling terjejas setakat semalam, khususnya kediaman sekitar Parit Mahang.

Sementara perkembangan banjir termenung di Parit Mahang, Ijok dan Jeram, Amirudin memberitahu terdapat insiden ban di kawasan berkenaan dipecahkan sebanyak dua kali oleh pihak tidak bertanggungjawab meskipun kerja penampalan awal dilakukan.

Beliau berkata laporan polis sudah pun dibuat berhubung insiden pencerobohan rizab sungai itu dan individu yang disyaki terlibat sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Manakala kerja penampalan semula ban serta penambahan pam air sedang giat dijalankan bagi mempercepat proses air surut.

Terdahulu, Amirudin menyantuni 157 mangsa daripada 42 keluarga di PPS SK Sungai Binjai, Meru yang dibuka buat kali pertama tahun ini, berbanding kekerapan minimum dua hingga empat kali setahun pada tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata Sungai Binjai yang lazimnya melimpah setiap kali hujan lebat tidak lagi berlaku sedemikian kali ini selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) melibatkan kerja pelebaran sungai berkenaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaksanakan.

“Ini adalah contoh bagaimana projek RTB kita boleh mengurangkan kesan walaupun masih lagi berlaku di beberapa lokaliti dan kawasan yang mana ia adalah kesan daripada air pasang.

“Limpahan sebenarnya datang daripada kawasan lain dan bukan limpahan Sungai Binjai kerana RTB Sungai Binjai ternyata dapat mengurangkan sangat banyak kesan banjir berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

The post Siap siaga hadapi air pasang besar di Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved