
RANAU: Kawasan mata air panas Kg Rugading berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan, kata Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin.
“Tempat ini menarik dan indah. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti jalan menuju ke kawasan ini. Aspek lain ialah bagaimana kita boleh membangunkan tempat ini menjadi tarikan tanpa melibatkan kos yang besar.
“Sama seperti di Kg Nahaba, di mana inisiatif dan usaha gigih beberapa individu mampu memajukan eko-pelancongan mereka di situ, dilengkapi dengan rumah inap desa diperbuat daripada buluh,” katanya.
Menurut Jonathan, eko-pelancongan juga merupakan bidang penting untuk mempunyai keseimbangan selain aktiviti penanaman yang dijalankan di kampung-kampung.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Sementara masyarakat kampung mengusahakan pertanian, ada juga yang mengusahakan pusat rekreasi, apatah lagi jika kawasan rekreasi itu menjadi pusat pelancongan yang dikunjungi ramai pengunjung,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Program Santai bersama penduduk Kg Rugading dan Kg Gaur sambil melawat kawasan mata air panas dekat sini baru-baru ini.
Jonathan berkata, ia program yang baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung selain memantau kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.
“Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri keperluan penduduk di sini dari segi infrastruktur selain melihat kawasan ini boleh dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dan pusat pelancongan.
“Di sini saya menggalakkan kawasan ini mendaftar secara khusus dengan badan eko-pelancongan dan juga Jabatan Perikanan untuk aktiviti tagal, kerana dari situ usahawan terbabit boleh memohon dana dan bantuan untuk membangunkan kawasan ini.
“Kerjasama dengan badan pelancongan lain yang mengusahakan produk yang sama juga perlu bagi menyokong dan berkongsi usaha yang dijalankan di sini, agar sekiranya terdapat cabaran dalam perusahaan ini, usahawan dapat mengatasinya bersama-sama.
“Jika kita bergaduh dan menjatuhkan sesama sendiri, akhirnya tiada siapa yang akan menang tetapi semua akan ketinggalan dan tiada kemajuan,” katanya.
Mengenai permohonan yang dikemukakan untuk kawasan itu, Jonathan berkata, Pejabat Parlimen Ranau akan meneliti dan melihat mana satu permohonan yang akan dibantu.
Jonathan turut mengumumkan bantuan RM10,000 untuk aktiviti riadah yang akan dijalankan oleh penduduk Kg Rugading dan Kg Gaur sekitar Ogos tahun ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
