Kawasan rumah semak: Pemilik di Penampang berisiko rugi RM1,000

19 Aug 2025 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sidney Skinner

SEORANG pembayar cukai di Penampang berisiko membayar RM1,000 kerana membiarkan semak samun di tanah kosong miliknya menjadi sumber keresahan kepada penduduk berdekatan.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran berkata ini merupakan jumlah denda maksiumum yang boleh dikenakan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000), sekiranya individu terbabit didapati bersalah di mahkamah.

“Sebagai alternatif, majistret boleh memerintahkan individu itu menjalani hukuman penjara sehingga enam bulan kerana gagal menguruskan semak samun di tanah yang belum dibangunkan,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Dalam senario paling buruk, pemilik tanah boleh dikenakan denda dan penjara sekali gus.”

Dia berkata, mereka yang disabitkan kesalahan juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Jurucakap itu mengulas aduan mengenai sebidang tanah tidak terurus di sepanjang Jalan Kg Novunsu. Beberapa penduduk berdekatan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rumput dan lalang yang tumbuh subur di kawasan berkenaan. Mereka bimbang kawasan semak itu menjadi tempat pembiakan haiwan berbahaya.

Penduduk juga khuatir nyamuk aedes mungkin membiak dalam takungan air hujan di kawasan yang ditumbuhi semak samun itu.

Ada juga yang berasa tidak selesa dengan kemungkinan tanah tidak terurus itu digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memerhati pergerakan penduduk setempat secara sembunyi-sembunyi. Mereka bimbang kumpulan ini mungkin melakukan pecah rumah kemudian hari.

Salah seorang pengadu memberikan lokasi tanah terbabit kepada Hotline. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada pihak Majlis.

Jurucakap itu berkata empat kakitangannya datang ke Kg Novunsu, tidak lama selepas dihubungi pihak media.

“Mereka mengesahkan bahawa tanah itu ditumbuhi semak samun dan dipercayai tidak diselenggara sejak sekian lama,” katanya.

Katanya, kakitangan agensi berkenaan kemudian bertemu pemilik tanah untuk membincangkan keadaan perkarangan rumahnya.

“Individu terbabit diminta membersihkan kawasan itu secepat mungkin. Dia juga diberi penerangan mengenai tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atasnya di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan.”

“Satu ‘surat peringatan kacau ganggu semak samun’ telah diserahkan kepada pemilik tanah berkenaan.”

Jurucakap itu berkata, individu itu diberikan tempoh tangguh untuk mematuhi arahan Majlis, dengan tindakan susulan akan diambil sekiranya dia gagal berbuat demikian.

MOSTAFA, yang tinggal di Kg Novunsu, berkata tanah berpagar itu kelihatan seperti hutan mini.

“Beberapa jiran saya pernah ternampak ular dan biawak masuk ke dalam kawasan rumah mereka,” katanya.

“Saya syak reptilia itu mungkin sudah menjadikan kawasan semak samun itu sebagai habitatnya,” tambahnya.

Mostafa mendapati keladi liar dan rumpai lain tumbuh banyak di tanah itu, ada yang mencecah paras dada.

“Saya tidak faham bagaimana pemilik tanah boleh membiarkan kawasan itu dalam keadaan seperti itiu.

“Percikan api daripada mana-mana pepasangan elektrik berdekatan, atau puntung rokok yang dibuang sembarangan, sudah cukup untuk kawasan itu terbakar.”

Katanya, kebakaran itu boleh merebak pantas ke rumah-rumah lain di kawasan terbabit.

Mostafa mengecam kegagalan pemilik tanah berkenaan menjaga kawasannya kerana membahayakan kesejahteraan orang awam di situ.

Jurucakap itu mengingatkan pembayar cukai supaya tidak culas dalam memotong rumput dan memangkas pokok di tanah mereka – terutama dahan yang menceroboh keluar pagar – agar kehijauan tersebut tidak menyusahkan jiran tetangga.

Dia berkata, mereka yang tinggal di hartanah bertanah memang berhak menghiasi kawasan mereka dengan pokok dan tumbuhan lain.

“Namun, mereka mesti menyelenggara tumbuhan itu secara berkala. Pemilik rumah perlu menjaga pokok dan tanaman dengan memangkas dahan yang terlalu panjang serta memastikan ia tidak berpenyakit atau menjengkelkan mata.

“Dengan cara ini, kehijauan mereka tidak akan menjadi kacau ganggu atau bahaya awam.”