Kay Bin dilantik jurulatih Zii Jia

25 Dec 2024 • 2:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kay Bin dilantik sebagai jurulatih Zii Jia.

BEKAS pemain kebangsaan, Yeoh Kay Bin dilantik sebagai jurulatih perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.

Team Lee Zii Jia (Team LZJ) menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, Kay Bin mempunyai banyak pengalaman dan mampu membantu dalam karier Zii Jia.

"Kami mengalu-alukan kedatangan ketua jurulatih baharu, Yeoh Kay Bin.

"Kay Bin merupakan bekas pemain kebangsaan dan membawa banyak pengalaman kejurulatihan dalam dan luar negara.

"Beliau menyertai pasukan untuk membantu Zii Jia ke fasa seterusnya dalam kerjaya," kata kenyataan itu.

Pelantikan Kay Bin itu bagi menggantikan Pengarah Kejurulatihan, Wong Tat Meng yang akan meninggalkan pasukan pada hujung bulan ini.

Untuk rekod, Kay Bin merupakan naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved