Kays + Kins kukuh jenama dengan pembukaan butik pertama, sentuhan istimewa buat si manja

LocalFamily & Parenting
30 Apr 2026 • 8:43 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Kays + Kins kukuh jenama dengan pembukaan butik pertama, sentuhan istimewa buat si manja

MEMILIH keperluan terbaik untuk si manja bukan sekadar soal fungsi, tetapi juga rasa. Dari tekstur kain yang lembut di kulit bayi, hingga rekaan yang menenangkan mata, semuanya memainkan peranan. 

Berangkat daripada keperluan inilah, Kays + Kins hadir bukan sekadar sebagai jenama, tetapi sebagai gaya hidup yang menggabungkan keselesaan, estetika dan sentuhan peribadi dalam satu ruang yang cukup bermakna.

Terbaharu, jenama tempatan ini melangkah setapak lagi dengan pembukaan butik fizikal pertamanya di Pavilion Bukit Jalil. 

Sebelum ini dikenali sebagai jenama dalam talian, kehadiran ruang fizikal ini bukan sahaja menjadi mercu tanda penting buat Kays + Kins, malah membuka peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri kualiti produk yang selama ini hanya dilihat di skrin.

Dikenali dengan rangkaian pakaian dan keperluan bayi yang praktikal, Kays + Kins berjaya membina komuniti tersendiri menerusi pendekatan yang menitikberatkan keselesaan, kualiti dan reka bentuk malar segar. 

Mengambil kira iklim tropika Asia Tenggara yang panas dan lembap, setiap helaian direka dengan potongan santai menggunakan fabrik berudara yang tidak melekat pada kulit—memberi ruang untuk si kecil bergerak bebas dan kekal selesa sepanjang hari.

Kini, pengalaman itu diterjemahkan ke dalam dunia nyata. Di butik ini, pelanggan boleh menyentuh sendiri kelembutan fabrik, meneliti perincian corak lukisan tangan, serta menikmati suasana membeli-belah yang tenang dan bersifat peribadi, seiring dengan identiti jenama yang ringkas tetapi elegan.

Menurut Pengasasnya, Karine Low, pembukaan butik itu lahir daripada permintaan komuniti pelanggan sendiri.

“Sambil kami berkembang di Malaysia, ramai dalam komuniti kami mahu melihat dan merasai sendiri fabrik yang kami gunakan, terutamanya kelembutan kain muslin buluh serta perincian lukisan tangan pada setiap rekaan,” kongsinya.

Image from: Kays + Kins kukuh jenama dengan pembukaan butik pertama, sentuhan istimewa buat si manja

Tambahnya lagi, butik tersebut bukan sekadar ruang runcit biasa.

“Kami mahu ia menjadi ruang yang lebih peribadi, tempat ibu bapa atau sesiapa yang mencari hadiah boleh meluangkan masa, menikmati kualiti produk kami, dan menemui sesuatu yang cantik serta praktikal untuk kegunaan harian.”

"Falsafah reka bentuk Kays + Kins kekal berpaksikan satu perkara iaitu keselesaan. Setiap produk dihasilkan dengan teliti supaya lembut, ringan dan mudah dipakai, sesuai dengan cuaca tropika. 

"Malah, fabrik yang digunakan bukan sahaja lembut pada sentuhan pertama, tetapi juga tahan lama dan kekal selesa walaupun selepas kerap dicuci, satu kelebihan penting untuk kegunaan harian bayi," kongsi beliau lagi.

Menariknya, identiti visual jenama ini turut mencuri perhatian. Kays + Kins terkenal dengan rekaan lukisan tangan edisi terhad yang tidak dihasilkan secara besar-besaran. 

Image from: Kays + Kins kukuh jenama dengan pembukaan butik pertama, sentuhan istimewa buat si manja

Dipadankan dengan palet warna lembut dan gaya yang minimalis, setiap produk tampil anggun tanpa perlu berlebihan, menjadikannya pilihan ibu bapa moden yang menghargai keindahan dalam kesederhanaan.

Bukan sekadar pakaian, Kays + Kins turut menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang sesuai untuk pelbagai acara istimewa. 

Daripada kain bedung muslin buluh untuk bayi baru lahir, baju tidur dengan zip dua hala yang praktikal, hingga peti cenderahati kayu yang boleh diukir dengan nama, semuanya dirangka untuk memberi sentuhan peribadi. 

Turut menjadi tarikan ialah Koleksi Warisan eksklusif yang hanya boleh didapati di butik ini, menjadikannya destinasi ideal untuk mencari hadiah bagi majlis cukur jambul, akikah atau meraikan kelahiran.

Image from: Kays + Kins kukuh jenama dengan pembukaan butik pertama, sentuhan istimewa buat si manja

Dari segi rekaan ruang, butik ini menampilkan elemen dalaman berinspirasikan alam dengan tona bumi yang menenangkan. 

Suasana yang diwujudkan terasa lembut dan mesra, sesuai untuk kunjungan seisi keluarga mahupun mereka yang ingin membeli hadiah dalam suasana yang lebih santai.

Image from: Kays + Kins kukuh jenama dengan pembukaan butik pertama, sentuhan istimewa buat si manja

Di sebalik estetika dan keselesaan, Kays + Kins juga kekal komited terhadap aspek kualiti dan tanggungjawab dalam pengeluaran. Antara koleksinya termasuk pakaian daripada kapas organik dengan pensijilan GOTS serta fabrik yang mendapat pengiktirafan OEKO-TEX, memberi jaminan tambahan kepada ibu bapa tentang keselamatan dan penjagaan terbaik untuk si kecil.

Sempena pembukaan butik perdana ini, Kays + Kins turut menawarkan promosi potongan 20 peratus bagi pembelian tiga item terpilih. 

Promosi pembukaan besar-besaran berkenaan berlangsung sehingga 30 April 2026, tidak termasuk Tawaran Kelompok, satu peluang untuk pelanggan merasai sendiri keunikan jenama ini secara lebih dekat.