“Kayu Tu Perlu Ke?” – Ramai Kecam Makcik Tengking Pekerja Pembersihan Hanya Kerana Parkir Lori [Video]

19 Jun 2025 • 6:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, pekerja pembersihan memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan persekitaran kita. Mereka berkerja tanpa mengira cuaca, malah bermula seawal pagi demi memastikan sampah-sarap dikutip secara teratur.

Kebanyakan waktu, mereka akan memarkir kenderaan di kawasan strategik sebelum bergerak secara manual ke seluruh lorong atau taman perumahan untuk memungut sampah. Ini bagi memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa.

Namun baru-baru ini, tular satu insiden yang memaparkan seorang wanita bertindak kurang wajar terhadap kumpulan pekerja tersebut hanya kerana tidak bersetuju lori kutipan sampah diletakkan di hadapan rumahnya.

Wanita Halau Pekerja Guna Kayu, Tak Mahu Lori Diletak Depan Rumah

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@shaharizalrizalabdullah), pemilik video berkongsi suasana di hadapan sebuah rumah di mana sekumpulan pekerja pembersihan sedang menjalankan tugas mereka.

Dalam video berkenaan, dilihat seorang wanita memegang sebatang kayu sambil memarahi pekerja yang memarkir lori kutipan sampah di hadapan rumahnya.

Difahamkan, pekerja-pekerja berkenaan meletakkan lori di situ buat sementara waktu kerana perlu berjalan dari rumah ke rumah di sekitar taman perumahan untuk mengangkut sampah dengan lebih efisien.

Meskipun para pekerja cuba menerangkan situasi dan tugas mereka, wanita tersebut dilihat tetap berkeras dan menengking mereka supaya segera beredar.

Malah, walaupun lori berkenaan sudah mula dialihkan, wanita itu terus mengekori mereka sambil menghalau dengan kayu di tangan.

@shaharizalrizalabdullah

gila itu banyak jenis dan kategori….. memang gila ahhhh

♬ bunyi asal – Shaharizal Rizal Abd – Shaharizal Rizal Abd

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Kecam Tindakan Wanita, Anggap Tidak Wajar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap tidak rasional dan tidak bertimbang rasa.

Ramai yang menyifatkan pekerja kebersihan sebagai golongan yang sepatutnya dihormati kerana pekerjaan mereka menyumbang besar kepada kesejahteraan awam.

image is not available
Sumber: TikTok @shaharizalrizalabdullah

image is not available
Sumber: TikTok @shaharizalrizalabdullah

Malah ada juga yang menyatakan bahawa pekerja kutipan sampah ini sering menghiburkan anak-anak kecil di kawasan perumahan dengan sikap mesra mereka.

“Anak saya suka lambai lori sampah. Maaf cakap kalau tak ada mereka ni, takkan ada orang nak kutip sampah.” tambah seorang lagi netizen.

image is not available
Sumber: TikTok @shaharizalrizalabdullah

Hormati Pekerja Awam, Pekerja Pembersihan Juga Wira Tanpa Nama

image is not available
Sumber: MalayMail

Insiden seperti ini membuka ruang perbincangan tentang sikap masyarakat terhadap pekerja sektor awam seperti penyapu jalan, tukang angkut sampah dan pembersih longkang.

Walaupun kerja mereka mungkin dianggap biasa oleh sesetengah pihak, namun sumbangan mereka luar biasa. Menghormati pekerja seperti ini bukan hanya soal adab, tetapi tanda kematangan sivik kita sebagai masyarakat.

Sedikit budi bahasa, sedikit pertimbangan, sudah memadai untuk menunjukkan kita masih ada nilai kemanusiaan.

Jangan sampai kita lupa bahawa tanpa mereka, kita sendiri tak selesa tinggal di kejiranan yang bersih.

View Original Article