KBS beri sumbangan banjir kepada 56 keluarga di PPS SK Sungai Kelamah

LocalPolitics
11 Dec 2024 • 12:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah memberi sumbangan kepada 56 keluarga dalam misi bantuan banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah, Gemencheh pada Selasa.

KBS beri sumbangan banjir

Menerusi satu kenyataan, KBS berkata sumbangan itu membabitkan 56 set makanan kering bersama 112 unit “sleeping bag” dan 56 unit tikar sumbangan daripada Decathlon Malaysia Sdn. Bhd. serta 100 set kelengkapan peribadi wanita daripada Majlis Belia Malaysia (MBM).

image is not available

“PPS SK Sungai Kelamah menempatkan sebanyak 56 buah keluarga melibatkan 206 orang mangsa. Seramai 40 orang SATRIA Rakan Muda KBS telah turut serta dalam misi bantuan banjir.

“Inisiatif itu membuktikan komitmen KBS di dalam memberikan bantuan menerusi usaha kesukarelawanan di bawah gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Prihatin seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI,” kata KBS.

image is not available

Menterinya Hannah Yeoh turut melakukan tinjauan melawat mangsa terjejas di PPS tersebut dengan diiringi oleh ADUN Gemencheh, Suhaimizan Bizar.

image is not available

Tambah KBS, misi tersebut diperkuatkan dengan sokongan logistik daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia.

image is not available

“Sekiranya orang ramai ingin memberikan sumbangan atau menjalinkan kerjasama, boleh hubungi Bilik Gerakan Banjir Rakan Muda di talian 03-8871 3748/3724 atau e-mel sukarelawan@kbs.gov.my,” ujarnya.