
SHAH ALAM, 13 JAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus mempergiatkan promosi dalam menjadikan pusat beli-belah sebagai kawasan aktiviti riadah dan sukan yang selamat.
Menterinya Hannah Yeoh berkata dengan adanya ruang di dalam pusat beli-belah sekali gus dapat mempromosikan sukan kepada pengunjung yang datang dan mendorong mereka untuk menyertai sukan khususnya kepada bakat-bakat baharu.
“KBS telah adakan beberapa mesyuarat secara dalam talian dan fizikal bersama pusat beli-belah dan peruncit, kerana gedung beli-belah di Malaysia semua besar-besar.
“Pusat beli-belah ini juga ada banyak tapak dan ruang yang sesuai dengan aktiviti khususnya Rakan Muda. Tahun ini juga telah ada perancangan serta kerjasama dengan banyak pusat beli-belah untuk mempromosikan aktiviti sukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Digital Sport Arena di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hannah turut mencadangkan agar setiap ruang dalam pusat beli-belah yang ingin dijadikan sebagai kawasan riadah atau sukan perlu ditingkatkan keselamatannya antaranya dengan menambah bilangan unit kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kawasan berkenaan.
– BERNAMA
The post KBS giat kerjasama dengan pusat beli-belah, promosi aktiviti sukan appeared first on Selangorkini.


![[VIDEO] "Bagus Rakyat Malaysia Ni! - Ramai Bantu Ibu Cemas Cari Anak Hilang Di Pusat Beli Belah](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)