KBS mahu anak muda pilih pemimpin berdasarkan fakta, bukan sentimen

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 2:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Golongan muda perlu menilai prestasi pemimpin dan kerajaan berasaskan prestasi serta fakta, bukannya membuat pilihan dipengaruhi sentimen atau politik identiti.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, usaha membentuk budaya politik berasaskan prestasi itu menjadi antara fokus inisiatif Kuasa Orang Muda (KOM) yang diperkenalkan sempena Bulan Rakan Demokrasi.

Image from: KBS mahu anak muda pilih pemimpin berdasarkan fakta, bukan sentimen

Mohammed Taufiq berkata, program berkenaan merupakan usaha jangka panjang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meningkatkan literasi demokrasi dalam kalangan generasi muda, selain melahirkan pengundi yang lebih bertanggungjawab.

“Kita mahu memberikan pendedahan kepada anak muda tentang bagaimana memilih pemimpin berdasarkan data dan fakta, bukan berdasarkan sentimen semata-mata.
“Kita ingin membudayakan politik prestasi berbanding politik identiti. Prestasi kerajaan dan pemimpin perlu menjadi asas utama dalam membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda di KBS, di Putrajaya hari ini.

Image from: KBS mahu anak muda pilih pemimpin berdasarkan fakta, bukan sentimen

Ujarnya, pelaksanaan Undi 18 turut menuntut kerajaan menyediakan lebih banyak ruang dan platform pendidikan demokrasi supaya golongan muda memahami sistem pilihan raya serta kepentingan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Jelas beliau, kesedaran yang ingin dibentuk menerusi inisiatif itu bukan hanya berkaitan proses mengundi, tetapi turut merangkumi pemahaman bahawa setiap keputusan yang dibuat di peti undi mempunyai kesan terhadap hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Image from: KBS mahu anak muda pilih pemimpin berdasarkan fakta, bukan sentimen

Bagi memastikan mesej itu dapat menjangkau lebih ramai belia, program KOM akan diperluaskan ke seluruh negara melalui siri jelajah ke institusi pengajian tinggi (IPT), kolej dan komuniti.

Usaha berkenaan turut disokong menerusi platform digital bagi membolehkan maklumat berkaitan demokrasi dan kepentingan pengundian disampaikan kepada lebih ramai anak muda.

“Pendekatan kita bersifat neutral dan mengutamakan kepentingan negara. Kita mahu memberikan ilmu supaya anak muda bebas membuat pilihan berdasarkan kefahaman mereka sendiri,” ujarnya.

Image from: KBS mahu anak muda pilih pemimpin berdasarkan fakta, bukan sentimen

Sementara itu, sepanjang Bulan Rakan Demokrasi, pelbagai program akan dianjurkan di seluruh negara termasuk Festival Kuasa Orang Muda x Mega Careers & Study Fair 2026 yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Ogos ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Nur Adriana Azwa Rohan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved