Tak perlu politik toksik! ‘BN pun halau Sanusi keluar N9’ – Kor Ming

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendekatan politik berasaskan sentimen kaum seperti yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak seharusnya mendapat tempat di Negeri Sembilan yang selama ini terkenal dengan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, Negeri Sembilan dibangunkan atas asas perpaduan dengan rakyat daripada pelbagai latar belakang hidup dalam suasana aman sebagai sebuah keluarga besar tanpa mengira kaum atau agama.

Image from: Tak perlu politik toksik! ‘BN pun halau Sanusi keluar N9’ – Kor Ming

Foto arkib: FB Nga Kor Ming 倪可敏

Beliau berkata, rakyat hari ini lebih bijak menilai bentuk politik yang mampu membawa kemajuan, sekali gus menolak retorik berunsur perpecahan.

“Rakyat abad ke-21 memerlukan politik yang membina dan bukannya politik toksik yang hanya membawa kemusnahan. Perpaduan perlu dibela, keharmonian perlu dipertahankan.
“Sebab itu, sikap Sanusi itu amat dikesali sehingga BN pun halau dia keluar daripada Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada program Grand Finale DUN Bahau di Dataran Meranti, Jempol malam tadi.
Image from: Tak perlu politik toksik! ‘BN pun halau Sanusi keluar N9’ – Kor Ming

Foto arkib: FB Nga Kor Ming 倪可敏

Terdahulu ketika berucap, Kor Ming turut menggesa pengundi menggunakan kuasa mereka pada hari pengundian, 1 Ogos ini, bagi menyampaikan mesej jelas bahawa politik berasaskan perkauman tidak diterima di Negeri Sembilan.

“Gunakan undi kita untuk menghantar satu mesej kepada Sanusi bahawa Melayu, Cina dan India di negeri ini ialah satu keluarga.
“Kita semua anak Malaysia dan politik perkauman tidak ada tempat di bumi bertuah Negeri Sembilan,” tegasnya yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT).

Sebelum ini, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur perkauman apabila menyebut, “Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu.”

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved