KBS sedia bantu Zii Jia - Hannah Yeoh

10 Jul 2025 • 6:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hannah Yeoh ketika sidang akhbar selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara, Sidang Satu, Penggal ke-35 Sesi 2025-2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) hari ini. Foto Bernama

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk membantu Lee Zii Jia sekiranya pemain badminton perseorangan lelaki profesional itu memerlukan sebarang bantuan termasuk sokongan mental dan rundingan pakar psikologi.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, sebarang usaha oleh KBS bagi membantu Zii Jia akan dilakukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Beliau berkata, KBS sememangnya menyediakan perkhidmatan dan sokongan dari ISN termasuk kepada pemain profesional bukan hanya untuk pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"MSN dan ISN telah menghubungi Zii Jia, beliau juga ada nombor telefon saya selain mempunyai akses kepada kepada atlet-atlet senior yang lain dan Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin. Saya pun pernah jumpa Zii Jia sebelum ini untuk perbincangan Jawatankuasa Road to Gold (RTG).

"Jadi KBS memang bersedia untuk bantu Zii Jia sebaik yang mungkin jika beliau sudah bersedia untuk bercakap dengan kita,” katanya.

Hannah berkata, demikian pada sidang akhbar selepas persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kesihatan mental beliau apabila memuat naik hantaran gambar lukisan yang berkemungkinan mempunyai unsur kemurungan di akaun Instagram. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved