KBS Tunggu Laporan Lengkap Punca Pergaduhan Penyokong Di Stesen LRT

21 Dec 2024 • 7:38 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan,Kuala Lumpur  tengah malam tadi.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim menegaskan, pihaknya mempunyai dasar yang jelas dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku melulu atau ganas daripada atlet mahupun peminat.

"KBS memahami peminat mungkin menjadi emosional pada waktu-waktu tertentu dan menghargai semangat itu, namun itu bukan alasan untuk sebarang tindakan melampaui batas," katanya dalam ciapan di X, pada Sabtu.

Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menyeru semua peminat sukan agar sentiasa menjunjung semangat kesukanan dan menunjukkan rasa hormat kepada semua pihak.

"Sebagai penyokong, kita mesti menjadi contoh yang positif," tambahnya.

 

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan pihaknya sudah membuat satu laporan polis berhubung insiden itu bagi memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas kesemua pelaku.

Menurutnya, insiden yang berlaku membabitkan sekumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Laluan Ampang - Sri Petaling sekitar jam 12 tengah malam Jumaat itu mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian tersebut.

Sumber: Astro Awani


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved