KDEBWM kutip sampah purata lebih 7,000 tan sehari pada Ramadan, Syawal

11 May 2023 • 8:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Sheeda Fathil

SHAH ALAM, 11 MEI: KDEB Waste Management (KDEBWM) merekodkan peningkatan sebanyak enam peratus kutipan sampah domestik terutama membabitkan sisa makanan.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata statistik kutipan sampah tersebut dicatat sepanjang Ramadan hingga sambutan Aidilfitri, iaitu antara 23 Mac hingga semalam.

“Peningkatan kadar kutipan sampah sudah dijangka menerusi bazar Ramadan dan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

“Kebiasaannya kutipan sampah domestik secara purata dianggarkan kira-kira 7,000 tan sehari di negeri ini, tetapi ketika Ramadan dan Syawal, jumlah itu meningkat kepada purata lebih 7,400 tan atau enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Ramli berkata kutipan sampah pada hari raya pertama dan kedua tahun ini juga sedikit menurun berbanding tahun lalu kerana pengumuman cuti awal dan orang ramai mula pulang beraya di kampung.

“Sepanjang dua hari (1 dan 2 Syawal) lalu, kutipan secara keseluruhan hanya melibatkan kira-kira 7,700 tan,” jelasnya.

Tambahnya, bagaimanapun kutipan sampah di Selangor terus mencatatkan peningkatan ekoran jumlah penduduk yang semakin bertambah selain banyak kawasan perumahan baharu.

“Namun, saya menyeru orang ramai yang membuat acara rumah terbuka agar menyediakan tong sampah dan elakkan pembaziran sepanjang Syawal ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved