
SHAH ALAM, 11 MEI : Lebih 1,800 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEB Waste Management (KDEBWM) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.
Pengarah urusannya berkata antara individu yang hadir adalah wakil rakyat negeri, datuk bandar, yang dipertua, pemegang taruh, agensi termasuk kakitangan dan sub kontraktor KDEBWM.
Dato’ Ramli Tahir berkata acara dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang sebagai medan mengeratkan silaturahim dan meraikan Syawal.
“Alhamdulillah, kita berterima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis terutama pihak terbabit dalam industri pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Selangor,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepant Borhan Aman Shah, ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar, ADN Sekinchan Ng Suee Lim, ADN Meru Fakhrulrazi Mokthar dan ADN Morib Hasnul Baharuddin.
Tetamu disajikan dengan aneka juadah antaranya nasi beriani, lemang, rendang, sate, kek lobak goreng, kambing bakar, apam balik dan pelbagai kuih-muih.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Zur Eda.

The post KDEBWM rai hampir 2,000 tetamu, erat silaturahim sempena Aidilfitri appeared first on Selangorkini.

