KDM cadang tiga idea kukuh hubungan dengan China

Politics
11 Apr 2023 • 1:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Ronnie Loh Ee Eng mencadangkan tiga idea kepada kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan hubungan sedia ada dengan China.

“Pertama, tiada lagi keperluan untuk bergantung kepada mata wang Amerika Syarikat (AS). Kedua, pengecualian visa antara Malaysia dan China dan ketiga, melaksanakan sepenuhnya perkongsian ekonomi strategik Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ronnie berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala ke arah lebih stabil manakala konsep kerajaan perpaduan Malaysia kini diterima baik di peringkat antarabangsa.