
Kota Kinabalu: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony, berkata parti itu telah membuat laporan polis terhadap blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengaitkan parti itu dengan “Langkah Dubai” untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, tiga pemimpin KDM iaitu Naib Presiden Henry Saimpon, Setiausaha Agung Dr Gaim Lunkapis serta Ketua Penerangan Dr Oswald Aisat Igau telah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, pagi Selasa.
“Laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat Raja Petra atas kesalahan menghasut dan membuat kenyataan palsu.
“Dakwaan dibuat Raja Petra ini satu fitnah, saya ingin menegaskan sekali lagi, KDM tetap teguh bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX,” katanya.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more KDM mempunyai satu kerusi di parlimen. Raja Petra, yang sudah lama dituduh oleh pengkritik sebagai “askar upahan” dalam siarannya, berpangkalan di Manchester, UK.
Dalam catatan terbarunya, dia mendakwa Agong mempunyai senarai 120 ahli parlimen yang lebih suka PM digantikan oleh sama ada Datuk Hishamuddin Hussein yang mengetuai puak Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional atau Datuk Samsuri dari PAS.
Klip video Hishamuddin bertemu pemimpin PN, PAS dan Muda, pemimpin terbaharu dipenjarakan dan juga dikenakan sebatan kerana rasuah, kononnya di Dubai, menjadi tular baru-baru ini.
Dipercayai bahawa “Langkah Dubai” adalah percubaan terdesak untuk menghentikan kes rasuah berprofil tinggi besar-besaran yang melibatkan beberapa pemimpin tertinggi negara sebelum Agong baharu mengambil alih kuasa pada Februari. Percubaan terdahulu mempertanggungjawabkan Raja Petra atas hantarannya di bawah undang-undang Malaysia telah gagal.
Sementara itu, Peter berkata, Anwar perlu terus diberi peluang untuk mentadbir negara.
Katanya, sebarang gerakan atau tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan harus dielakkan.
Beliau berkata, Anwar setakat ini telah memimpin negara dengan baik dan adalah tidak adil untuk menyingkirkan beliau yang baru setahun lebih mentadbir negara ini.
Menurutnya, begitu banyak sekali usaha dan inisiatif yang telah dilakukan Anwar sejak beliau menjadi Perdana Menteri termasuk dalam mengembalikan hak-hak Sabah.
“PMX (Anwar) adalah satu-satunya Perdana Menteri yang telah melakukan banyak perkara untuk Sabah dan Sarawak, yang mana kita tidak merasainya semasa pentadbiran terdahulu.
“Beliau begitu komited kepada Sabah, termasuk mengembalikan hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sebagai contoh penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri Sabah, sebelum itu juga Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Negeri.
“Usaha-usaha seperti ini memberi kesan dan manfaat besar untuk jangka masa panjang kepada negeri di bawah bayu ini, bagaimana mungkin kita sebagai rakyat
Sabah tidak menghargai usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX, beliau telah melakukan banyak perkara untuk kita,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Peter yang juga Adun Melalap berkata, sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini hanya akan membantutkan usaha untuk membangunkan negara terutama dalam meningkatkan ekonomi.
Katanya, pelabur kini sudah mula yakin dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dan sekiranya politik negara kembali bergolak, segala usaha kerajaan untuk menyelamatkan negara menjadi sia-sia.
“Anwar mengambil alih pemerintahan di kala negara menanggung hutang yang begitu besar, ditambahkan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik.
“Sudah pasti PMX dan barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan sedang cuba sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan negara dan meletakkan semula Malaysia di landasan yang betul.
“Beri PMX peluang dan ruang bagi melaksanakan tugasnya untuk negara, sudah-sudahlah berpolitik, kalau pun mahu mengambil alih tampuk pemerintahan, lakukan secara demokrasi selepas habis penggal nanti,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

