KDM nyata sokongan kepada Hajiji

Politics
22 Feb 2023 • 1:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyatakan sokongan kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus menerajui kerajaan negeri Sabah.

Presiden KDM Datuk Peter Anthony berkata keputusan menyokong Hajiji, yang juga Ketua Menteri Sabah, dibuat demi kebaikan rakyat dan pembangunan negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata kepimpinan parti itu membuat keputusan menyokong Hajiji dan kerajaan negeri pada masa ini tanpa sebarang syarat.

“Terpulang kepada keterbukaan beliau (Hajiji) sama ada mahu menerima sokongan ini atau tidak, apa yang kita mahu adalah sama-sama membangunkan negeri ini dan membantu rakyat di kawasan masing-masing,” katanya pada sidang media di pejabat parti itu di sini pada Selasa.

Pada 7 Januari lepas, Peter dan dua lagi Adun parti itu, Datuk Juil Nuatim (Limbahau) dan Datuk Wetrom Bahanda (Bandau) mendakwa Hajiji tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri, namun parti itu membuat keputusan baharu pada Selasa.

Peter berkata permainan politik tanpa henti di negeri ini akan menyukarkan rakyat dan tidak akan dapat membantu memajukan Sabah, justeru parti itu hari ini terpanggil untuk menyokong Hajiji bagi bersama-sama membangunkan negeri berkenaan.

“Kalau kita sering berpolitik, sampai bila-bila kita tidak dapat majukan Sabah. Oleh itu kita perlu akur dengan keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan di Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.