KDN Ambil Tindakan, Keluarkan Warta Pengharaman Filem Mentega Terbang

Movie
14 Sep 2023 • 4:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan menereusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan warta yang mengharamkan penayangan filem kontoversi, Mentega Terbang di seluruh negara.

Warta yang bertarikh 1 September lalu telah disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara menyatakan larangan terhadap sebarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan.

image is not available
image is not available

“Bagi maksud Perintah ini, filem yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” maklum warta tersebut.

Sebelum ini, filem arahan Khairi Anwar itu menjadi perbualan hangat selepas ditayangkan melalui platform penstriman pada awal tahun ini.

image is not available

Filem itu mengisahkan seorang remaja perempuan, Aishah yang tertarik kepada agama dengan konsep kelahiran semula selepas kematian.

image is not available

Soroton filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment ini turut menunjukkan bapa kepada Aishah membenarkan anaknya memilih mana-mana agama untuk dianuti.

image is not available

Selain itu, filem ini juga menunjukkan adegan Aishah meminta pau daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan.

image is not available

Sedutan-sedutan filem ini telah mengundang kemarahan warganet dan mereka mempersoalkan bagaimana filem itu ‘lepas’ untuk ditayangkan.

Terdahulu, pihak polis membuka kertas siasatan selepas filem yang mencetuskan kontroversi itu didakwa seolah-olah mempersendakan agama Islam.