Minta Makan Daging Babi Dan Bapa Benarkan Anak Murtad, Filem Ini Diharamkan Di Malaysia

14 Sep 2023 • 5:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Filem menjadi kontroversi, ada unsur bertentangan dengan akidah islam

Minta Makan Daging Babi Dan Bapa Benarkan Anak Murtad, Filem Ini Diharamkan Di Malaysia. Baru-baru ini, sebuah filem, Mentega Terbang telah menjadi kontroversi. Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan bagi mengharamkan filem tersebut ditayangkan dalam Malaysia.

Menurut sumber, perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh 1 September lalu, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 21 Ogos lalu.

image is not available
Sumber: kosmo

Diharamkan menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023

Difahamkan, larangan tersebut dibuat menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 turut mencakupi larangan pempameran, pemilikan, pengedaran, penjualan atau penyebaran filem.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta berkenaan, memetic laporan.

Selain itu, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Sumber: fmt

Beberapa babak tidak dibenarkan untuk tontonan umum kerana sentuh tentang keagamaan

Bahkan, filem tersebut dilihat menyentuh mengenai keagamaan di Malaysia seperti perbezaan dan persamaan agama-agama. Malah, filem itu turut mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni menerusi tayangannya di platform dalam talian.

Bukan itu sahaja, satu adegan di dalam filem itu menunjukkan watak utama meminta daging babi daripada rakan bukan Islam untuk dimakan.

Malah, satu lagi adegan bapa kepada watak utama membenarkannya untuk keluar dari agama Islam dan memeluk agama lain.

image is not available
Sumber: imdb

Mengundang kemarahan netizen

Susulan babak ‘panas’ itu telah mengundang kemarahan pengguna media sosial, yang turut mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Baca juga artikel yang berkaitan: