KDN buka tempoh khas permohonan kuota pekerja asing mulai 19 Januari 2026

LocalBusiness & Finance
30 Dec 2025 • 6:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KDN buka tempoh khas permohonan kuota pekerja asing mulai 19 Januari 2026 image is not available liza30/12/2025 - 18:35 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Dis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuka tempoh khas permohonan kuota penggajian pekerja asing bagi tahun 2025 akan dibuka bermula 19 Januari 2026 hingga 31 Mac 2026.

 

KDN dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh khas ini melibatkan semua sektor dan subsektor yang telah diluluskan Kerajaan pada 1 Oktober 2025, termasuk sektor perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang sebelum ini ditutup lebih awal.

 

“Permohonan hendaklah dibuat secara terus tanpa pengantaraan ejen atau pihak ketiga di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing, KDN.

 

“Langkah ini selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk membantu keperluan industri serta memastikan pengurusan pekerja asing dilaksanakan secara teratur, telus dan berhemah,” kata kementerian itu dalam kenyataan tersebut.

 

Semua permohonan yang diterima bermula 19 Januari 2026 sehingga 31 Mac 2026 ini akan dibincangkan bersama Kementerian menyelia yang terbabit untuk pertimbangan dan tertakluk kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing yang lain.

 

KDN berkata semua majikan diingatkan agar mengemukakan permohonan secara terus tanpa pengantaraan ejen atau pihak ketiga di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing, KDN. 

 

Bagi melancarkan urusan permohonan dalam tempoh khas ini, temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui sistem temujanji yang boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi KDN bermula 16 Januari 2026.

 

“Kemudahan tempoh khas ini diharap dapat membantu majikan mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing secara teratur dan terancang. 

 

“Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang rasmi Kementerian Dalam Negeri,” katanya.- DagangNews.com

Terkini standard