Panggil Orang Dengan Gelaran ‘Anjing’ Boleh Didenda Mulai Januari Depan

WorldPolitics
30 Dec 2025 • 12:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Semua orang diingatkan supaya berhati-hati dalam pertuturan, terutamanya di media sosial. Mana-mana individu yang menghina atau memaki orang lain dengan sebutan haiwan seperti anjing kini berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,400, berkuat kuasa di Indonesia mulai 2 Januari 2026.

Panggil orang ‘anjing’ boleh dihukum

Menurut laporan Kompas.Com, pakar undang-undang jenayah, Abdul Fickar Hadjar dari Universiti Trisakti berkata, penggunaan nama haiwan untuk menghina boleh dikategorikan sebagai penghinaan ringan mengikut Pasal 436 KUHP Indonesia.

image is not available

Foto: Carian Google

Sekiranya penghinaan itu menyerang nama baik individu, ia tertakluk di bawah Pasal 433 KUHP dengan hukuman penjara maksimum sembilan bulan atau denda sehingga RM2,400.

Sebelum ini, panggilan seperti anjing sering dianggap gurauan. Namun, dengan peraturan baharu ini, tindakan sedemikian boleh disifatkan serius sekiranya mangsa menafsirkan sebagai penghinaan dan membuat laporan polis.

Penghinaan ringan adalah delik aduan, bermakna tindakan hanya akan diambil jika mangsa membuat laporan. Mangsa digalakkan mengumpul bukti, seperti rakaman atau saksi, untuk menyokong aduan.

image is not available

Foto: BBC

Dalam praktiknya, kes penghinaan ringan jarang sampai ke mahkamah. Jika dibawa ke proses undang-undang, penyelesaian lebih kerap dilakukan melalui restorative justice (RJ), iaitu mendamaikan antara pelaku dan mangsa.

Semua orang dinasihatkan supaya menjaga pertuturan mereka kerana apa yang dianggap gurauan oleh seorang individu mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Sumber: Kompas.Com (Alinda Hardiantoro, Resa Eka Ayu Sartika)

The post Panggil Orang Dengan Gelaran ‘Anjing’ Boleh Didenda Mulai Januari Depan appeared first on Borak Daily.