KDN Cari Jalan Keluar Isu Gaji Rendah Anggota Baharu Polis

12 Oct 2023 • 4:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat perbincangan secara dalaman mengenai isu gaji rendah anggota baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laporan Utusan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pihaknya akan mencari jalan keluar dan berikhtiar untuk menangani isu terbabit.

Gaji rendah anggota baharu polis

image is not available

“Hal itu memang dibincangkan secara dalaman oleh kami, ia dalam pengetahuan saya. Sudah tentu kita akan berusaha mencari ikhtiar, jalan keluar bagi mencari jawapan bagi perkara itu,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau turut enggan mendedahkan mengenai Belanjawan 2024 berkenaan isu tersebut sehingga pembentangan oleh Perdana Menteri esok.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan nasib anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hanya meraih gaji permulaan sebanyak RM1,441.00 sebulan.

image is not available

Apa yang lebih menyayat hati adalah anggota yang ditugaskan di kawasan kos sara hidup tinggi seperti Kuala Lumpur yang menjadikan mereka sebagai miskin bandar.

Malah, ada anggota yang terpaksa menolak tawaran kenaikan pangkat disebabkan enggan untuk berpindah ke tempat baharu kerana bimbang membebankan ahli keluarga yang sakit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved