KDN nafi beri layanan buruk tahanan depoh Kimanis

10 Dec 2022 • 2:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menafikan keadaan fizikal tahanan yang kurus di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis adalah disebabkan oleh layanan buruk Jabatan Imigresen (JIM).

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah diberikan makluman oleh JIM bahawa keadaan fizikal tahanan terbabit adalah sememangnya kurus dan susut sebelum memasuki depoh tahanan itu.

“Pertama, kita kena tengok subjek yang terlibat, adakah seorang rakyat biasa yang amalkan gaya hidup sihat atau dia juga sebenarnya ikut terbabit dalam aktiviti yang menyebabkan fizikal badan susut,” katanya pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM bersama pengurusan tertinggi agensi itu, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular melibatkan tahanan di depoh itu yang antara lain mendakwa mereka tidak diberikan makanan secukupnya serta diberikan layanan buruk oleh JIM.

Khamis lalu, tular satu video berdurasi 90 saat memaparkan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Solomon merayu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor agar dia dan rakannya dibebaskan secepat mungkin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.