KDN Salur Lebih RM429 Juta Perkukuh Keselamatan Dan Kebajikan Anggota Di Johor

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kdn johor ft

Kerajaan MADANI komited memastikan setiap Kerajaan Negeri menerima sokongan pembangunan dan pengurusan demi kesejahteraan rakyat, dengan peruntukan bagi Negeri Johor meningkat kepada kira-kira RM14.6 bilion berbanding RM10.2 bilion sebelum ini.

Daripada jumlah tersebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi tempoh 2023 hingga 2026 untuk memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Jabatan Penjara Malaysia di Johor.

johor gh

Projek Siap & Dalam Pelaksanaan (2023 – 2026)

Sebanyak RM174.8 juta diperuntukkan bagi membiayai siri projek yang kini telah siap dan sedang dalam fasa pelaksanaan:

  • PDRM:

    • Perolehan tanah IPD Pengerang

    • Naik taraf kuarters

    • Pembaikan/penggantian lif PDRM Johor

  • Jabatan Imigresen Malaysia:

  • Pembelian premis & kuarters JIM Johor Bahru

  • Kaunter pemeriksaan lori CIQ

  • Tandas awam CIQ Bangunan Sultan Iskandar

  • Jabatan Penjara:

    • Naik taraf sistem bekalan air dan kumbahan di Penjara Kluang

  • Naik taraf elektrik & mekanikal di Penjara Kluang

  • KDN Johor

    Projek Dalam Perancangan (2023 – 2026)

    Sementara itu, baki sebanyak RM255.0 juta pula diperuntukkan khas bagi pelaksanaan projek-projek yang berada di peringkat perancangan:

    • PDRM:
      • Pembinaan IPD Segamat

      • Pembinaan Balai Polis Segamat

  • Pembinaan perumahan

  • Jabatan Imigresen:

    • Penyediaan Variable Message Signage (BSI)

    • Penggabungan dewan penumpang bas KSAB

    • Naik taraf jalan konkrit KSAB.

  • Jabatan Penjara:

    • Naik taraf bengkel dapur Penjara Kluang

    • Naik taraf sistem bekalan air Penjara Simpang Renggam.

  • Pelaburan Demi Keselamatan Bangsa Johor

    Menjaga kebajikan anggota melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa, kemudahan operasi yang moden, serta persekitaran kerja yang kondusif adalah pelaburan penting.

    Anggota yang bermotivasi akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sekali gus menjamin persekitaran yang lebih aman dan sejahtera buat rakyat Johor.

    KDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara demi keselamatan bangsa Johor dan kesejahteraan rakyat.

    Sumber: Facebook

    Sumber: Gambar HiasanSumber: Facebook

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved