KDN serah polis siasat ucapan Sanusi

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 4:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KDN serah polis siasat ucapan Sanusi

KUBANG PASU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan berhubung ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau belum menerima perkembangan terkini mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

“Saya belum mendapat sebarang kemas kini daripada pihak polis. Saya percaya pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti FELDA Sihat, Kedah Sejahtera di sini, hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan terhadap Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu berhubung ucapan yang mencetuskan kontroversi apabila menyebut ‘Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand’.

Selasa lalu, Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan menjadi individu pertama yang diserahkan surat tuntutan (LOD) oleh peguam Muhammad Sanuai selepas didakwa memutar belit kenyataan dalam ceramah yang dibuatnya di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yakin Negeri Sembilan akan terus ditadbir oleh gabungan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

“Alhamdulillah bila saya boleh tinggalkan sana (Negeri Sembilan) sat dan mai ke sini (Kedah) itu kira tunjuk tahap keyakinan kita memuaskan,” katanya. – UTUSAN 

 

 

The post KDN serah polis siasat ucapan Sanusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved