Isu ucapan Sanusi, polis lakukan tindakan sewajarnya – Saifuddin

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 4:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu ucapan Sanusi, polis lakukan tindakan sewajarnya – Saifuddin

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan berhubung ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam kempen di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang perkembangan terkini daripada polis berhubung perkara berkenaan.

“Saya belum dapat sebarang perkembangan lagi daripada pihak polis. Saya percaya pihak polis akan melakukan tindakan yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar sempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti Felda Sihat, Kedah Sejahtera di Felda Bukit Tangga, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan terhadap Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu berhubung ucapan yang didakwa mencetuskan kontroversi itu.

Pada Selasa lalu, Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan menjadi individu pertama yang diserahkan surat tuntutan (LOD) oleh peguam Muhammad Sanusi selepas didakwa memutar belit kenyataan dalam ceramah yang dibuatnya di Negeri Sembilan itu.

Kosmo! kelmarin melaporkan Menteri Besar Kedah itu akan dipanggil pihak polis dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut dengan rakaman percakapan beberapa orang saksi telah diambil.

Kertas siasatan berhubung kes itu dibuka di bawah Seksyen 505 (b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

The post Isu ucapan Sanusi, polis lakukan tindakan sewajarnya – Saifuddin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved