“Keadaan Masih Panas” – Shafiq Shaheen Akui Sukar Berbincang Dengan Syida Melvin, Harap Konflik Selesai

Entertainment
24 Nov 2026 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas suami kepada pelakon Syida Melvin, Shafiq Shaheen berharap konflik yang tercetus antara mereka dapat diselesaikan secara baik demi kepentingan anak-anak serta urusan syarikat.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Shafiq menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan, memberikan nasihat serta kata-kata semangat kepadanya.

Advertisement

Shafiq turut memaklumkan bahawa dirinya masih dalam fasa pemulihan, namun keadaannya semakin baik berbanding sebelum ini.

Shafiq dan Syida Melvin

Shafiq vs Syida Melvin

Dalam pada itu, Shafiq mengakui masih berdepan kesukaran untuk berbincang secara baik dengan bekas isterinya itu berikutan keadaan antara mereka yang masih tegang.

Saya pun tak boleh nak berbual dengan Syida dengan baik sebab keadaan masih panas.

Sehubungan itu, dia berhasrat mendapatkan bantuan peguam kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh.

Mohon maaf kepada tiga anak

Shafiq turut berharap usahanya untuk menghubungi Syida sama ada secara langsung atau menerusi peguam akan membuahkan hasil.

Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan permohonan maaf kepada tiga cahaya matanya.

Kepada Pia, Jedda dan Isa, Daddy minta maaf.

View this post on Instagram

Sekadar info, Syida dan Shafiq bercerai dengan talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

s2026-11-17 12:46:10

"Untuk Shafiq, Kau Pernah Jadi Family Kami" - Syifa Melvin Mohon Maaf, Malukan Bekas Ipar Di 'Live'

The post “Keadaan Masih Panas” – Shafiq Shaheen Akui Sukar Berbincang Dengan Syida Melvin, Harap Konflik Selesai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved