‘Rumah yang dulunya riuh, sekarang sunyi’ – Shafiq Shaheen

LocalEntertainment
24 Nov 2026 • 11:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Shafiq Shaheen menyampaikan permohonan maaf menerusi perkongsian video di media sosial.

Bekas suami kepada usahawan dan pelakon Syida Melvin, Shafiq Shaheen menyatakan hasrat untuk menyelesaikan segala kes melibatkan mereka secara menyeluruh demi kepentingan anak-anak serta syarikat yang dibina bersama.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Shafiq memaklumkan bahawa dirinya masih dalam proses pemulihan, namun keadaannya kini semakin baik berbanding sebelum ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan, memberikan nasihat serta kata-kata semangat kepadanya sepanjang berdepan ujian tersebut.

“Shafiq nak selesaikan semua kes secara keseluruhannya demi anak-anak, Pia, Jeda dan Isa, demi Syida dan saya serta kumpulan syarikat,” katanya.

Keadaan masih panas

Bagaimanapun, Shafiq mengakui keadaan ketika ini masih tegang sehingga menyukarkannya untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan bekas isterinya.

Susulan itu, beliau berhasrat mendapatkan bantuan menerusi peguam masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh dan berharap usaha tersebut membuahkan hasil.

Akui perceraian bukan sesuatu yang mudah

Dalam pada itu, Shafiq turut meluahkan perasaannya mengenai perubahan kehidupan yang dilalui selepas perceraian, termasuk suasana rumah dan syarikat yang dibina bersama.

“Perceraian ini bukan sesuatu yang mudah. Rumah yang Shafiq bina bersama, yang dulunya riuh, sekarang sunyi.

“Syarikat yang dibina untuk anak-anak ambil alih suatu hari nanti, insya-Allah, pun kandungan yang kami rakam tidak seperti dahulu,” luahnya.

Shafiq turut menyampaikan permohonan maaf dan berharap segala permasalahan dapat diselesaikan secepat mungkin demi kepentingan ketiga-tiga anak mereka.

The post ‘Rumah yang dulunya riuh, sekarang sunyi’ – Shafiq Shaheen appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved