“Keadaannya stabil”- Najib Razak Dimasukkan Ke Hospital Akibat Masalah Kesihatan

LocalPolitics
4 Sep 2022 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, negara digemparkan dengan berita bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.

image is not available

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh mahkamah setelah beliau didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hari ini, kecoh sekali lagi apabila Najib Razak dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan setelah beberapa hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

image is not available

Menurut Astro AWANI, pegawai Najib telah mengesahkan perkara itu dan kini, keadaannya dilaporkan stabil.

Difahamkan, sumber terdekat Najib mendedahkan bahawa bekas PM itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat ada pendarahan pada usus, lapor Kosmo.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.