Kean Wei, Zhi Sin Juara Badminton B-21 Kebangsaan

26 Jan 2025 • 6:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Pemain perseorangan wanita muda negara Lim Zhi Sin mencipta kemenangan sensasi menentang pemain berpengalaman Siti Nurshuhaini Azman untuk dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Kebangsaan Bawah 21 Tahun (B-21) di Kuantan, hari ini.

Pada aksi final di Dewan Persatuan Badminton Pahang, pemain berusia 17 tahun itu terpaksa bermandi peluh selama 75 minit sebelum mengatasi bekas pemain kebangsaan dari Selangor itu dengan keputusan 21-19, 17-21, 21-19.

Dalam pada itu, saingan perseorangan lelaki pula menjadi milik Tan Kean Wei dari Pulau Pinang selepas menundukkan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Roslie Razeeq Danial 21-18, 13-21, 21-10 dalam masa 55 minit.

Saingan beregu lelaki menyaksikan pasangan BAM, Faiq Masawi-Lok Hong Quan, muncul juara selepas bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan rakan sepasukan Loh Ziheng-Tan Zhi Yang 18-21, 21-18, 21-19.

Bagi acara beregu wanita, pasangan BAM, Carmen Ting-Ong Xin Yee, tidak menghadapi sebarang masalah untuk menewaskan pasangan Johor, Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu, 21-19, 21-7 bagi merangkul gelaran juara.

Juara beregu campuran pula menjadi milik gandingan BAM, Wee Yee Hern-Chan Wen Tse, yang berjaya menundukkan rakan sepasukan Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan dengan kemenangan 21-11, 21-16.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved