Keanu Reeves Rupanya Pelumba Hebat! GR86 Meluncur Laju Semasa Toyota GR Cup Series

EntertainmentSports
7 Oct 2024 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mustahil ada yang masih tidak mengenali dengan pelakon Hollywood, Keanu Reeves, yang banyak memainkan watak utama dalam filem-filem terkenal dunia seperti “The Matrix” dan “John Wick.” Pelakon yang diminati ramai itu baru-baru ini mempertontonkan kemampuannya sebagai pelumba yang hebat dalam siri perlumbaan profesional Toyota GR Cup Series. Perlumbaan ini merupakan sebahagian daripada acara Indy 8 Hour yang berlangsung di Indianapolis Motor Speedway.

Reeves dan Jentera BRZRKR No.92

image is not available

Dalam perlumbaan ini, Reeves memandu kereta BRZRKR No.92, sambil mempromosikan novel grafiknya bertajuk “The Book of Elsewhere.” Reeves memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-31 daripada 35 pelumba dan berjaya melonjak hingga kedudukan tertinggi ke-21 semasa perlumbaan.

Momen paling dramatik bagi Reeves berlaku ketika beliau terbabas di pusingan ke-9, di mana keretanya tergelincir melintasi rumput. Namun bernasib baik kerana tiada pelanggaran berlaku dan Reeves berjaya menyertai semula perlumbaan dengan pantas. Beliau juga dengan cekap mengelak daripada terlibat dalam kemalangan di pusingan ke-14.

Tamat pada Kedudukan ke-25

Walaupun menghadapi beberapa cabaran, Reeves berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-25 dalam perlumbaan selama 45 minit itu. Ini merupakan permulaan yang baik dalam kerjaya perlumbaan profesionalnya.

Toyota GR86: Jentera Berprestasi Tinggi

image is not available

Jentera berprestasi tinggi, Toyota GR86 yang dipandu Reeves adalah versi yang telah dinaik taraf daripada model kegunaan jalan raya, dilengkapi dengan sistem pengurusan enjin Bosch, transmisi sequential SADEV enam kelajuan, ekzos Borla, suspensi boleh laras JRI dan brek Alcon.

image is not available

Kereta ini juga dilengkapi kit GT86 Cup, splitter depan unik dan spoiler karbon APR GTC-200 untuk meningkatkan aerodinamik.

Model ini dipasangkan dengan rim ringan dengan tayar khas untuk kegunaan di litar, serta tangki bahan api 83 liter untuk perlumbaan jarak jauh.

image is not available

Sistem keselamatan seperti roll cage turut dipasang, ciri penting dalam perlumbaan berkelajuan tinggi.

Reeves dan Dunia Permotoran

Ini bukanlah kali pertama Reeves menyertai dunia perlumbaan. Pada tahun 2009, beliau pernah memenangi perlumbaan Long Beach Grand Prix Pro/Celebrity. Minatnya dalam sukan permotoran, sama ada sebagai penonton acara seperti Formula 1 dan Le Mans, ataupun sebagai pengasas bersama Arch Motorcycle, telah mempersiapkan dirinya untuk membuat pencapaian ini.