Kebakaran: 22 rumah musnah, 146 hilang tempat tinggal di Sandakan

1 May 2024 • 9:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SANDAKAN — Seramai 146 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 22 rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan berkeluasan 0.40 hektar atau satu ekar di Kampung Mangkalinau Parti di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.19 petang.

"Api berjaya dikawal pada jam 4.41 petang, seramai 46 pegawai serta anggota melibatkan polis, bomba, Sabah Electricity Sdn Bhd serta pihak kebajikan bertugas di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Katanya, semua mangsa terdiri daripada 44 lelaki, 47 wanita dan 55 kanak-kanak akan ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni di sini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - 1 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved