Warga Emas Berusia 84 Tahun Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Sandakan

30 Apr 2024 • 12:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah diucapkann buat keluarga mangsa

Warga Emas Berusia 84 Tahun Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Sandakan. Seorang wanita warga emas telah ditemui terkorban selepas rumah tempat tinggalnya dilaporkan terbakar di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun Batu 28, Sandakan pada tengah malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam tersebut, mangsa berusia 84 tahun ditemui terkorban di dalam rumah tersebut.

image is not available
Warga Emas Berusia 84 Tahun Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Sandakan. Sumber: Utusan Borneo

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.41 tengah malam.

Beliau berkata, seramai 12 anggota dan pegawai berserta dua jentera telah diarahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah rumah sementara telah terbakar sepenuhnya dan tindakan segera diambil untuk memadamkan api agar tidak merebak.

“Seorang mangsa wanita warga emas ditemui terkorban dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pasukan bomba telah menjalankan pemeriksaan terakhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat sebelum operasi diakhiri pada jam 3.17 pagi.

“Pasukan bomba akan menjalankan siasatan untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik: