Kebakaran hutan aktifkan semula bom, periuk api era perang

WorldEnvironment
24 Aug 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kebakaran hutan aktifkan semula bom, periuk api era perang

ELSENBORN: Kebakaran hutan yang melanda Eropah turut mendedahkan ancaman maut di bawah tanah apabila bom dan periuk api berkarat peninggalan Perang Dunia Pertama dan Kedua mula terdedah, membahayakan pasukan pemadam kebakaran.

Sebahagian senjata lama itu dilaporkan meletup akibat bahang kebakaran, dengan letupan direkodkan di Perancis, Belgium, Jerman dan Belanda.

Di Limburg, Belanda, pasukan pemusnah bom dikerahkan untuk memeriksa kawasan hutan yang diancam kebakaran berhampiran lokasi pertempuran sengit pada 1944.

Di sebuah hutan di Perancis, kebakaran besar di luar bandar Bordeaux mendedahkan tempat penyimpanan yang dipercayai sebagai peluru era Perang Dunia Kedua.

Di wilayah Liege, timur Belgium, Gabenor Herve Jamar berkata beberapa letupan kecil dan sporadik kedengaran baru-baru ini, menyebabkan perkhidmatan kecemasan perlu mengambil kira kewujudan bahan letupan yang tertanam di kawasan kebakaran.

Beliau berkata, tiada pasukan bomba berada dalam bahaya, namun media tempatan menerbitkan gambar seorang daripada anggotanya memegang bom yang sudah berkarat.

Ketika Perang Dunia Kedua, jerangkap samar, bom dan periuk api ditanam di seluruh kawasan hutan paya gambut yang dikenali sebagai High Fens di wilayah berkenaan.

Kebakaran di High Fens yang merentasi sempadan Belgium-Jerman itu berlaku di kawasan medan perang yang menyaksikan pertempuran sengit antara tentera Nazi dan tentera Bersekutu. Pertempuran Bulge turut berlaku di dalam dan sekitar kawasan High Fens.

Pakar konflik dan keamanan di School of Oriental and African Studies (SOAS), Sarah Njeri, berkata perubahan iklim meningkatkan risiko senjata lama yang tertanam dalam tanah kembali terdedah serta meletup.

Katanya, suhu yang sebelum ini stabil dan corak hujan boleh dijangka membantu memastikan kebanyakan senjata berkenaan kekal aktif.

“Perubahan iklim kini melakukan kerja mengeluarkan semula dan mengaktifkan senjata yang sebelum ini berada dalam keadaan stabil,” katanya.- AP

 

The post Kebakaran hutan aktifkan semula bom, periuk api era perang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved