Kebakaran hutan: Indonesia kenal pasti 198 suspek

LocalEnvironment
9 Oct 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kebakaran hutan: Indonesia kenal pasti 198 suspek

KUALA LUMPUR – Indonesia mengenal pasti 198 individu dan memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat sebagai sebahagian tindakan penguatkuasaan bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.

Kawasan konsesi yang terbakar meliputi 33,514.01 hektar membabitkan 16 entiti perniagaan di Sumatera dengan keluasan 3,813.85 hektar dan 41 di Kalimantan meliputi 29,700.16 hektar.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kehutanan Indonesia turut mengenakan tindakan pentadbiran terhadap 26 pihak, merangkumi pembatalan lima permit perniagaan, penggantungan 13 permit serta lapan amaran bertulis atau arahan pemulihan.

Sebanyak 46 subjek undang-undang juga dilaporkan terlibat dalam pengendalian kes jenayah, dengan 17 berada pada peringkat siasatan awal dan 27 lagi pada peringkat penyiasatan, termasuk lima syarikat dan 22 individu.

Kerajaan Indonesia terus mempergiat operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah untuk meminimumkan kesan jerebu rentas sempadan.

Katanya, kerajaan Indonesia menggerakkan anggota tentera, polis, pasukan pemadam kebakaran hutan Manggala Agni, agensi pengurusan bencana serta sukarelawan masyarakat.

Selain itu, operasi modifikasi cuaca, “water bombing” dan pembasahan semula tanah gambut dan penyediaan tanah tanpa pembakaran turut dilaksanakan untuk tujuan itu.

KBRI berkata, Indonesia mengalu-alukan usaha memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dan negara sahabat dalam menangani kebakaran hutan dan tanah serta jerebu rentas sempadan.

Perwakilan Indonesia di Malaysia juga akan terus membantu melancarkan komunikasi dan pertukaran maklumat berkaitan usaha menangani kebakaran berkenaan.
— BERNAMA

The post Kebakaran hutan: Indonesia kenal pasti 198 suspek appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved