MP Pas cadang kerajaan kira kerugian, saman Indonesia susulan jerebu

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MP Pas cadang kerajaan kira kerugian, saman Indonesia susulan jerebu

PETALING JAYA– Kerajaan dicadang mengambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia sekiranya terbukti jerebu yang melanda Malaysia ketika ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Fadhli Shaari berkata, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah membuat aduan rasmi melalui ASEAN selain mendapatkan bantuan badan antarabangsa termasuk Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kerajaan perlu mula mengira jumlah kerugian yang ditanggung Malaysia akibat pencemaran udara rentas sempadan tersebut.

“Perjanjian ASEAN berkaitan jerebu ini wajib dipinda. Perlu ada mekanisme yang membolehkan negara yang terbukti bertanggungjawab dikenakan denda dan diwajibkan membayar pampasan kepada negara yang terjejas.

“Kalau perlu, kita teroka juga saluran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tertakluk kepada bidang kuasanya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, langkah tersebut bukan bertujuan merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia, sebaliknya memastikan kepentingan dan kesihatan rakyat Malaysia turut dilindungi.

Fadhli berkata, rakyat tidak sepatutnya terus menanggung kesan jerebu setiap kali pencemaran udara rentas sempadan berlaku.

“Tengah hari ini sewaktu sidang berhenti rehat, saya menempuhi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Serdang dengan pemandangan jerebu yang cukup menyedihkan.

“Nak bernafas pun terasa cukup tersekat dengan keadaan jerebu yang melanda.

“Kita bukan nak bergaduh dengan Indonesia. Hubungan dua negara mesti dijaga. Tetapi takkanlah setiap kali berlaku jerebu, rakyat kita kena tanggung begitu sahaja?

“Yang buat pencemaran, sepatutnya dialah yang kena bayar. Bukan rakyat negara jiran (Malaysia) yang terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post MP Pas cadang kerajaan kira kerugian, saman Indonesia susulan jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved