Kebakaran Hutan Los Angeles: PM Anwar Ucap Takziah

10 Jan 2025 • 2:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan kawasan California Selatan, Amerika Syarikat dikenali sebagai tragedi ‘Palisades Fire’ telah mendapat perhatian semua masyarakat di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahi turut mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan berkenaan telah meragut nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan ramai keluarga menerusi akaun Facebook rasminya, semalam.

Anwar Ucap Takziah Kes Kebakaran Hutan Dahsyat Di Los Angeles

image is not available

Anwar Ucap Takziah : Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia berdiri dalam solidariti dengan rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.

“Ingatan dan doa rakyat Malaysia ditujukan kepada komuniti yang terkesan akibat bencana itu serta pasukan perkhidmatan kecemasan yang berani bertungkus lumus melawan kebakaran,” tulisnya pada Khamis.

image is not available

Foto: Reuters

Terdahulu, lima orang dilaporkan terbunuh manakala sejumlah lagi cedera dalam bencana yang dianggap sebagai ‘kebakaran hutan paling memusnahkan dalam sejarah bandar raya Los Angeles.

Difahamkan juga bahawa kawasan tragedi berkenaan merupakan kawasan tanah yang mewah didiami oleh selebriti ternama Hollywood serta golongan elit.

image is not available

Foto: X @mhdksafa

Dilaporkan beberapa kediaman selebriti yang terkesan dengan kebakaran berkenaan termasuk Ben Affleck, Tom Hanks, Reese Witherspoon, Michael Keaton, Adam Sandler, Miles Teller, serta Eugene Levy.

Api yang marak di Pacific Palisades melenyapkan sekitar 6,500 hektar dengan memusnahkan lebih 1,000 kediaman dan premis perniagaan.

Malahan, Pacific Fire dianggarkan menjadi salah satu kebakaran paling merugikan dalam rekod, AccuWeather berkata, pihaknya menganggarkan sehingga AS$57 bilion (RM256.78 bilion) kerugian dalam bencana itu.

Sumber: Kosmo! Online, Facebook Anwar Ibrahim