‘Palisades Fire’ Di Los Angeles Korbankan 5 Nyawa, Rumah Selebriti Terkenal Turut Hangus Terbakar

Entertainment
9 Jan 2025 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dilanda kebakaran yang sangat teruk dipercayai berpunca dari kebakaran hutan, tragedi ini digelar Palisades Fire.

Kebakaran itu menyaksikan 1,500 bangunan terbakar sehingga memaksa lebih 100,000 orang meninggalkan rumah masing-masing.

Cabaran tiupan angin ribut taufan memarakkan lagi api dari rumah ke rumah di kawasan Pacific Palisades yang mewah termasuk membakar sebahagian besar hartanah California yang paling diingini dan digemari selebriti Hollywood.

Menurut laporan Harian Metro, Syerif Daerah Los Angeles Robert Luna mengesahkan, lima mangsa disahkan terkorban dengan dikhuatiri lebih banyak lagi kematian menyusul.

Kawasan tersebut merupakan kawasan mewah yang didiami oleh selebriti ternama Hollywood serta golongan elit.

Antara rumah selebriti yang terkesan dengan kebakaran itu termasuklah Ben Affleck, Tom Hanks, Reese Witherspoon, Michael Keaton, Adam Sandler, Miles Teller, serta Eugene Levy.

Paris Hilton juga menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedih apabila rumahnya juga turut musnah dalam kebakaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)

Pacific Fire dianggarkan menjadi salah satu kebakaran paling merugikan dalam rekod, AccuWeather berkata, pihaknya menganggarkan sehingga AS$57 bilion (RM256.78 bilion) kerugian dalam bencana itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.