Empat kedai kayu di Bandar Lama Rompin terbakar

7 Sep 2026 • 12:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat kedai kayu di Bandar Lama Rompin terbakar

ROMPIN – Empat buah kedai kayu berusia lebih 60 tahun di Bandar Lama Rompin musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

Kedai yang musnah termasuk kedai runcit, kedai buah-buahan dan juga kedai pendingin hawa dan pembaikan barangan elektrik.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Seorang mangsa Syed Mohd Sabirin Syed Abdullah, 57, berkata, kebakaran memusnahkan hampir kesemua kedai runcit miliknya.

Dia mendakwa kebakaran bermula daripada premis di tengah sebelum merebak ke kiri dan kanan premis.

“Semasa kebakaran saya sedang minum di dapur rumah sebelum isteri dan anak saya datang memberitahu bahagian hadapan kedai terbakar.

“Saya kemudiannya segera keluar kerana api marak dengan cepat dan menghubungi pihak bomba,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Empat kedai kayu di Bandar Lama Rompin terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved