
Tuaran: Orang awam berdepan detik cemas apabila kebakaran lalang merebak dan menyebabkan sebuah rumah kosong turut musnah di Kampung Dungang di sini, Khamis.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu tiada mangsa dilaporkan cedera atau mengalami kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.58 pagi dari seorang pengadu yang memaklumkan kejadian kebakaran lalang.
Katanya, seramai 11 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran itu turut melibatkan sebuah rumah yang tidak berpenghuni, musnah dipercayai akibat api yang merebak dari kebakaran lalang.
“Pasukan bomba seterusnya bertindak memadam kebakaran rumah kosong jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus dan kawasan lalang seluas 1.62 hektar,” katanya dihubungi.
Menurutnya, operasi memadam api menggunakan satu saliran air dari sumber jentera itu berjaya mengelak api merebak beberapa rumah berhampiran.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.14 petang kemudian,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

