
KOTA BELUD: Satu bangunan blok melibatkan tiga buah premis musnah dalam kebakaran di Jalan Ranau Bypass, Kampung Pirasan di sini, Rabu.
Dalam kejadian pada jam 2.20 pagi itu, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera atau mengalami kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.22 pagi.
Katanya, seramai sepuluh anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati premis melibatkan kedai runcit musnah 100 peratus manakala klinik haiwan dan premis perkhidmatan kurier masing-masing musnah 30 peratus dan 15 peratus.
“Pasukan boma segera bertindak menjalankan operasi pemadaman api menggunakan satu saliran dan dua hos dari sumber pili bomba terdekat,” katanya.
Menurut Muhammad Syazwan, tiada mangsa dilaporkan terlibat menerusi pemeriksaan lokasi dan maklumat awal daripada saksi kejadian.
“Operasi memadam kebakaran blok premis jenis kekal itu berjaya dikawal pada jam 3.04 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 pagi kemudian.
“Pihak bomba turut menjalankan pemeriksaan sekitar lokasi termasuk arus elektrik bagi mencegah bahaya lain manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

