Kebakaran Los Angeles: 11 Kematian Disahkan Pihak Berkuasa

11 Jan 2025 • 10:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

 
Sebanyak 11 kematian akibat kebakaran kini telah disahkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles.
 
Dalam kemas kini pada petang Jumaat, pejabat itu melaporkan, lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
 

Kematian tersebut dilaporkan berlaku di Altadena, Malibu, Pacific Palisades dan Topanga.
 
Hanya tiga daripada kes tersebut telah disahkan melibatkan penemuan sisa manusia, menurut kenyataan tersebut.
 
Tiada maklumat lanjut mengenai identiti mangsa diberikan, walaupun identiti beberapa mangsa lain telah dikenal pasti melalui sumber lain

Sumber:Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved