Kebakaran Paip Gas Putra Heights: SPCA Selangor Selamatkan 30 Kucing, Lima Anjing

4 Apr 2025 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sejumlah 30 ekor kucing termasuk lima ekor anjing peliharaan penduduk terjejas di kawasan perumahan Jalan Putra Harmoni, Putra Heights berjaya diselamatkan sejak Selasa.

Pengurus besar Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Kelvin Chia ketika ditemui Astro AWANI memberitahu, kesemua haiwan peliharaan itu masih dalam proses mendapatkan rawatan.

“Kalau ikutkan masih banyak haiwan peliharaan yang terkandas di dalam kawasan perumahan terjejas.

“Ini kerana sebanyak 157 keluarga yang terjejas, 40 peratus daripada mereka mempunyai haiwan peliharaan. Lebih kurang 60 keluarga ada kucing atau anjing di rumah mereka,” katanya.

Tambah Kelvin, pihaknya menyediakan bekalan makanan, sangkar dan ubat-ubatan untuk memastikan haiwan yang diselamatkan pulih sepenuhnya sebelum diserahkan semula kepada pemilik.


Menurut Kelvin lagi, pihaknya juga berjaya membawa keluar dua ekor ular peliharaan dari perumahan terjejas.

Sehingga kini, dua ekor anjing peliharaan penduduk dilaporkan mati akibat rentung dalam kebakaran.

Semalam, sebanyak 85 rumah yang terlibat dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah disahkan selamat dan penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai malam ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penyedia utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan perkara itu, melibatkan kawasan di Taman Harmoni dan bekalan air serta elektrik telah disambungkan ke rumah terbabit.


Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved