Kebakaran Putra Heights: Air Selangor beri rebat satu bulan bil kepada pelanggan terjejas

LocalSales & Promo
11 Apr 2025 • 3:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Air Selangor beri rebat penuh bil Mac kepada pelanggan terjejas kebakaran paip gas Putra Heights.

SHAH ALAM - Pelanggan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas, akan dikecualikan bayaran bil air bagi bulan Mac.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan rebat sebanyak 100 peratus untuk satu bulan secara one-off itu diberikan bagi membantu meringankan beban pelanggan terlibat.

Selain itu, syarikat utiliti itu turut menyediakan beberapa bantuan lain seperti tidak mengenakan caj bagi penyambungan semula bekalan air untuk rumah yang mengalami gangguan air akibat kebakaran tersebut.

"Bantuan lain yang disediakan adalah tiada caj minimum dikenakan ke atas premis yang tiada penggunaan air dalam satu tempoh hingga diputuskan kemudian.

"Air Selangor akan terus mengikuti perkembangan di kawasan terjejas dan komited membantu pelanggan kami di Putra Heights yang terlibat mengikut keperluan semasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pelanggan yang terkesan diminta menghubungi wakil Jabatan Khidmat Pelanggan Yasmin Hood di talian 019-2883897 bagi mengetahui maklumat lanjut berhubung bantuan yang disediakan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved