Kebakaran Putra Heights: Air Selangor tawar rebat 100 peratus bagi Mac

11 Apr 2025 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menawarkan rebat 100 peratus bagi bil Mac 2025 kepada pelanggannya yang terjejas susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Menurut agensi itu, rebat sebulan secara sekali bayar itu bagi membantu meringankan mereka yang terkesan susulan insiden berkenaan.

“Bagi membantu meringankan beban pelanggan kami di Putra Heights yang terjejas akibat insiden letupan gas pada 1 April 2025, Air Selangor akan memberi rebat sebanyak 100 peratus untuk sebulan secara one-off bagi Mac 2025,” katanya di Facebook.

Agensi itu turut menyediakan bantuan lain seperti tiada caj bagi penyambungan semula bekalan air untuk rumah yang mengalami gangguan bekalan akibat insiden itu.

“Tiada caj minimum dikenakan ke atas premis yang tiada penggunaan air dalam satu tempoh sehingga diputuskan kemudian,” katanya.

Menurutnya, pelanggan terjejas yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi wakil Jabatan Pengalaman Pelanggan (Customer Experience) Yasmin Hood, di talian 019-2883897.

“Air Selangor akan terus mengikuti perkembangan di kawasan terjejas dan komited untuk membantu pelanggan kami di Putra Heights yang terlibat mengikut keperluan semasa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved